Hosting Unlimited Indonesia

Plugins yang diperlukan oleh WordPress

Plugin-plugin dibawah adalah plugin yang paling penting yang harus ada di dalam WordPress. Plugins WordPress sangat mudah untuk dipasang, sila baca arahan yang diberikan di dalam halaman plugin Wordpress. Sekiranya anda masih belum memasang Wordpress, sila baca artikel Panduan Membuat Blog Wordpress untuk Pemula.

Berikut adalah senarai plugin-plugin yang harus ada dalam Wordpress.

1. Akismet untuk melawan spam - Apabila anda mula memblog, trafik ke halaman juga akan meningkat, anda akan mendapati lebih banyak komen-komen sampah atau spam masuk ke ruangan blog anda. Akismet ialah alat terbaik untuk menyekat dan mengelola spam.

http://akismet.com/

2. Bad Behavior untuk melawan spambots - Plugin ini berfungsi dengan menyekat spammer daripada mengumpul alamat emel di dalam halaman blog anda secara haram. Ia juga menyekat entri atau pos dari perujuk yang salah dan melawan spammers yang suka mengepos sesuatu entri dengan sendirinya.

http://www.homelandstupidity.us/software/bad-behavior/

3. FeedBurner untuk merakam statistik suapan RSS - Anda boleh mengetahui jumlah pelawat yang melanggan suapan RSS anda dan melihat statisik berkaitan. Daftar masuk ke halaman FeedBurner dan masukkan alamat URL suapan RSS WordPress, FeedBurner akan memberikan kepada anda alamat URL RSS untuk digantikan dengan URL yang disediakan oleh WordPress.

http://www.feedburner.com/

4. Evermore memberi pilihan kepada anda untuk membuat tayangan setiap pos yang terdapat di halaman dan kategori. Anda boleh tentukan jumlah perenggan, jumlah karakter, dan fungsi Baca Seterusnya atau Read more bagi setiap tayangan pos entri. Pengunjung yang ingin membaca keseluruhan pos perlu klik pada pautan Read more

http://www.thunderguy.com/semicolon/wordpress/evermore-wordpress-plugin/

5. Google Analytics adalah satu-satunya maklumat statistik yang anda perlukan. Ia akan mengesan jumlah pengunjung yang mengunjungi laman web anda, jumlah halaman yang dilihat, jumlah pengunjung unik, melihat pengguna anda berasal dari mana, dan kata kunci yang digunakan untuk masuk ke laman anda.

http://www.google.com/analytics/

6. Related Posts akan memaparkan entri berkaitan mengikut kata kunci. Selepas anda melakukan beberapa pos, sesetengah daripadanya barangkali mempunyai kaitan di antara satu sama lain.

http://www.w-a-s-a-b-i.com/archives/2006/02/02/wordpress-related-entries-20/

7. Google Sitemaps Generator akan membina peta tapak untuk Google. Dengan penjana peta tapak ini, ia memudahkan Google untuk melalui laman web anda. Ia bertujuan bagi memudahkan keputusan carian dalam Google. Sekiranya anda tidak ingin laman blog anda disiarkan di dalam enjin carian Google, anda tidak perlu memasang alat ini.

http://www.arnebrachhold.de/2005/06/05/google-sitemaps-generator-v2-final

8. Sociable membolehkan anda menambah ikon ke banyak laman-laman bookmark. Butang-butang kecil ini akan menghubungkan pengguna dengan laman-laman sosial penanda buku seperti - digg, del.icio.us, BlinkList, Reddit, Furl, YahooMyWeb, simpy, feedmelinks dan Ma.gnolia. Tujuannya ialah untuk membolehkan pengunjung menanda mana-mana halaman kegemaran (favorite) untuk dimasukkan ke dalam laman sosial bookmark.

http://push.cx/sociable

9. WordPress Database Backup ialah alat yang paling penting - sekiranya anda banyak bermain dengan plugins, themes dan fail teras, anda perlu memasang plugin ini dahulu. Plugin ini akan membuat salinan pendua semua halaman, komen, pos-entri, kategori dan pautan samada dari pelayan web, emel atau komputer anda sendiri.

http://www.skippy.net/blog/category/wordpress/plugins/wp-db-backup/

10. Static front page

http://www.semiologic.com/software/static-front/

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Plugins yang diperlukan oleh WordPress"

Posting Komentar