Hosting Unlimited Indonesia

Memindahkan Lokasi My Documents

Setiap akaun pengguna Windows akan diberikan satu folder yang dipanggil My documents. Folder ini menyimpan banyak fail-fail dan dokumen persendirian.

Lokasi asal bagi My documents dalam Windows 7 ialah C:\Users\<NamaAnda>. Bagaimanapun, anda boleh menukar lokasi simpanan folder My document dengan mudah. Sekiranya anda mempunyai ruang storan yang lebih, anda mungkin mahu memindahkan My documents keluar dari cakera C:

Untuk memindahkan My documents dalam Windows 7:

1) Klik Start -> Computer dan masuk ke C:\Users\<NamaAnda>

2) Klik kanan pada ikon My documents, pilih Properties (Lihat Gambarajah 1)
















Rajah 1

3) Klik pada tab Location

4) Taipkan haluan lokasi di mana anda inginkan folder My documents disimpan pada ruang kosong atau klik butang Move 

















Rajah 2

5) Klik Apply

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Memindahkan Lokasi My Documents"

Posting Komentar