Hosting Unlimited Indonesia

Membuang Fail Thumbs.db

Thumbs.db atau "Windows Thumbnail Cache" ialah fail sistem terlindung yang dijana oleh Windows XP setiapkali anda mengakses kandungan di dalam Folder dalam bentuk Thumbnail atau Filmstrip. Idea disebalik Windows Thumbnail Cache ialah bagi meningkatkan kelajuan paparan sesuatu thumbnail apabila anda mengakses folder yang sama untuk kali ke dua.

Membuang fail Thumbs.db akan menghapus semua kec simpanan, dan ia akan dijana semua apabila anda melihat semula kandungan di dalam folder. Walaupun Thumbs.db meningkatkan kelajuan akses sesuatu folder, ia kadang kala menjadi gangguan bagi sesetengah pengguna.








Sekiranya anda mengikut langkah-langkah dibawah berikut, anda boleh membuang fail thumbs.db secara kekal.

1) Klik Start -> Control Panel

2) Pilih Folder Options

3) Pilih tab View 


















Gambarajah Folder Options

4) Dalam Advanced settings, tandakan pada pilihan "Do no cache thumbnails".

5) Klik OK

Itu sahaja, sekarang anda boleh membuang mana-mana fail thumbs dengan mudah, dan fail tersebut tidak akan kembali lagi.

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Membuang Fail Thumbs.db"

Posting Komentar