Halang Pengguna Menukar Screen Saver

Sekiranya komputer anda kerap digunakan oleh orang lain, anda mungkin perlu menghalang kemampuan menukar Screensaver. Berikut diterangkan cara-cara untuk mengatur Registry bagi mengelakkan perubahan pada Screensaver.

Caranya:

1) Klik Start -> Run (atau tekan kekunci Win+R serentak)

2) Taipkan "regedit" dan tekan kekunci Enter

3) Kembangkan (expand) ke:

HKEY_CURRENT_USER\Software\Microsoft\Windows\CurrentVersion\Policies\System

4) Cipta satu nilai DWORD dengan nama NoDispScrSavPage. Beri nilai "1".

5) Klik OK

Tutup tetingkap Registry.

Sekarang masuk ke bahagian Personalization, dan anda akan lihat pautan pada Screen Saver menjadi pudar dan tidak aktif (Lihat Rajah 1).

Gambarajah 1

Cuba klik pada pautan ini, satu mesej notis akan keluar memberitahu fungsi telah pun dinyahaktif. (Lihat Rajah 2)
Gambarajah 2

Untuk kembali ke aturan asal, ubah nilai Registry kepada "0".

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Halang Pengguna Menukar Screen Saver"

Poskan Komentar